29 October 2007 Masihi | 18 Syawal 1428 Hijrah
Di bawah kategori (Kehidupan Saya, Taman Pulai Utama, Skudai, Johor) ditulis oleh

Iklan di atas adalah iklan yang menjadi perbualan hangat semasa raya. Saya tidak. Mungkin kamu. Kenapa saya katakan tidak, saya seperti merasakan ideanya tidaklah begitu murni. Kenapa? Tidaklah dapat saya jelaskan.

Namun segalanya terjawab semalam apabila salah seorang keluarga pemblog kita mengatakan idea iklan tersebut diambil dari karya blognya. Sedutan karya Silakan Terpesona.

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, “Nak, apakah bendanya itu?”"Burung gagak”, jawab si anak.Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat:”Itu burung gagak ayah!”Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat:”BURUNG GAGAK!!”Si ayah terdiam seketika.

Sambung bacaan di http://silakanterpesona.blogspot.com/2007_01_24_archive.html

Semalam, Harian Metro menyiarkan cerita. Yang mengejutkan saya, Yasmin Ahmad adalah pengarah seninya. Mengapakah, saya rasa begitu berbeza pengarahan seninya untuk Iklan Raya TV3 dan Petronas.

Selepas menyelusur berita tersebut, terjumpalah satu kenyataan yang saya kira mungkin menimbulkan pertanyaan kepada khalayak. Adakah idea iklan ini murni dan asli. Rupanya tidak. Iklan ini berdasarkan cerita yang digarap dari cerita rakyat. Kamu boleh lihat di Father and Son. Antara sedutannya.

A father was seated holding his son on his lap. A crow came from the sky, and sat on the roof in front of them. The son asked, “Dad, what is this?” The Father replied, “This is crow”. The son asked again,” What was that?” Father replied again,” This is crow”. The son asked again and again what was that. Father said, with love, again and again that it was a crow.

After some years, the son became young and the father became old. One day, when some one came to their house to meet the son, the father asked who had come. The son told that it was his friend. After some time, another person came. The father asked again who had come. The son replied with anger, “Why don’t you keep quiet? It is no concern of yours who had come. Why do you keep on asking questions?” The father sighed and held his head with his hand in deep pain and said,” Oh my son, just asking the question a second time you have become so angry. While you used to asked me the same thing many times, I would reply patiently what it was”.

Terkejut saya membacanya. Perenggan pertama lebih kurang sama sahaja dengan ketiga-tiganya. Namun, perenggan selebihnya, nampak dengan begitu jelas, perbuatan membuka diari dan sebagainya, adalah mirip kepada kawan kita si penulis blog tadi.

Oh, serasa seperti pemblog diperkotak katikkan. Pemblog bukanlah bodoh untuk menelan segalanya. Jika tidak, masakan kerajaan boleh merasa terancam dengan kehadiran blog berhaluan kiri.

Saya menyeru kepada pihak yang bertanggungjawab jernihkanlah kemelut ini. Biar ianya diselesaikan senyap-senyap. Perasan atau tidak, dengan tuntutan sebegini, Indonesia akan gelak besar kerana rakyat Malaysia sendiri berebut hak cipta. Jadi tidak hairanlah Lagu Rasa Sayang pun ingin direbut. Ohhh..

Untuk pihak berkaitan dengan hak cipta penulisan, haruslah memikirkan bagaimana caranya melindungi karya-karya emas pemblog Malaysia.

Jangan hanya menunding pemblog sentiasa membuat fitnah, kerana pemblog aliran perdana, tulisannya ikhlas, dan bernilai.

Pelik betul dunia. Kesalahan yang sedikit orang yang melakukannya, dipandang sangat. Kebaikan yang ramai dilakukan pemblog, dipandang sepi.

Sebenarnya, saya juga terfikir, adakah karya selamat dari dicuri. Jika dicuri, apa yang patut saya buat? Banyak sungguh persoalan.

Tags: , , , , , , , , , , , , ,


Komentar:
21 Komentar posted on "Refleksi – Karya Pemblog Dilantun Lantun"
-fAiZiQ- telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 12:48 pm #

teringat pulak kt ayah saya… rindunyer kt dia……


Ungku Nor telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 2:01 pm #

mungkin kita pun kena buat ‘registered trade mark’ jugak nanti..


combi@echah telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 2:29 pm #

~ iklan ni membuat sy rindu ngn ibu dikg kerna inilah hakikat ibu sy skrg..

~ msti diulang byk kali bila berbual ditalipon..

~ kdg rase borink terpaksa menjerit bila kami berborak..lotih cheq laa

~ tp sesungguhnyer kasih ibu adalah segalanyer didunia ini..

~ btw..iklan itu membuka mata anak2 yg mahu berfikir..hidup seperti roda saat itu akan tiba satu ketika nnt.. :)


shutterspeaks telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 3:23 pm #

karya iklan yasmin selalunya baik2 belaka. apapun, kita amik mesej dia je la… mungkin yasmin memang adaptasi dari kisah itu, tidak pernah dinyatakan bahawasanya itu adalah karya beliau.

rasanya, pasti karya ko pernah diciplak oleh pemblog2 lain yg malas. aku yg baru berkecimpung pun ada yg copy bulat2… x sengaja terjumpa…


mazudi telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 4:29 pm #

Jadi? Siapa ciplak siapa kat sini? Mana satu yang ori.

Kalau kira seri takleh ker, kau ciplak aku, aku ciplak kau balik,..


dbi telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 4:41 pm #

dengarnya adaptasi dari cerita rakyat…mungkin kah, penulis blog itu menulis berdasarkan cerita rakyat itu??…dan tak bolehlah nak kata tu idea dia kalau begitu..

iklan raya TV3 pasal adibah noor buat lari jemput2 tu pun bukannya idea asalkan….adaptasi jugak


acai telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 4:49 pm #

waa, baru tau benda alah ni..:) thaniks for the info..dunia cyber ni kecik je skrang, bila2 masa org akan notice benda yg kita buat salah..apa salanya berikah credit kepada org selayaknya..benda tu legi buat kita respect kat org seperti itukan..:)


vangardx telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 4:54 pm #

huhu..ada isu disebalik iklan ini rupanya..kadang2 tu mungkin kebetulan..dan kalau pandai main dgn undang2 dunia..(patenkan ap yg berkenaan) benda bukan milik sendiri pun boleh ngaku kita punya :D


rudy bluehikari telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 4:56 pm #

ada satu lagi iklan yang diadaptasi dari fwd2 emel ni yang kita tidak tahu sumbernya yang sah. saya lupa iklan apa.


megat telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 5:30 pm #

alahai itu pun pasal iklan tu popular! cuba korang bayangkan klu iklan tue x popular!?

tp x kira popular @ x, hakcipta ttp menjadi hakmilik penciptanya.


kemat telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 7:09 pm #

bertuah penulis blog tu kerna blognya di baca oleh yasmin ahmad dan kisah yg ditulisnya diangkat sgb iklan yg menjadi pengajaran untuk semua orang….


Lord Lan Dah nak Final telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 8:06 pm #

ekceli *matiler actually*, saya dah pernah terbaca cerita pasal ayah, anak dan burung SEBELUM jadi iklan raya. Pernah terbaca kat mana ntah.Tak pasti samada di blog atau sumber 2 lain…..

Tak sangka plak itu pun akan jadi isu….


yginsaf telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 8:20 pm #

kasih ayah tiada tolok bandingnya..


???? ???? telah menulis pada tarikh 29 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 9:51 pm #

-faiziq- – Ya, saya tahu kamu sudah lama tidak balik. Baliklah. Family first.

Kak Ungku – Ha’alah, kita perlu buat.

kak combi – ha’a kak combi. Kita mesti ingat tu selalu…

shutterspeaks – Ha’a memang ada yang diciplak pun. Tapi anggap sahaja ia biasa-biasa. Betul tu. Kita ambil iktibar dari iklannya.

mazudi – Entahlah. Seorang tu pembuat filem. Seorang lagi penggubah muzik. Susah jadi orang seni kalau berkeras.

dbi – Banyak yang adaptasi sekarang ni. Banyak yang diubah.

acai – Krredit memang patut diberi. Tetapi selayaknya, biarlah pada yang empunya diri, si pencipta.

vangardx – Yuppp, kalau main undang-undang dunia…

rudy – Yuppp, saya pun tahu iklan tu. Tapi dah lupa. Tak terniat nak menulis benda tu dahulu.

megat – Ya, popular ataupun tidak, idea iklan tersebut tetap milik orang bukan?

kemat – Jikalau betul apa yang dikatanya.

Lord Lan – Iyalah, media Malaysia kan suka mensensasikan cerita.

yqinsaf – Kasih ibu bawa ke syurga…


bayan telah menulis pada tarikh 30 October 2007 dan waktunya pula pada pukul 4:03 pm #

saya sebagai wartawan turut terasa takutnya jika karya saya diciplak. artikel-artikel yang telah diterbitkan di laman web rasmi tempat kerja saya ambil dan himpunkan di dalam blog saya. Bagaimana jika ada org yang mengaku itu adalah karyanya? apa yang perlu saya buat?


???? ???? telah menulis pada tarikh 1 November 2007 dan waktunya pula pada pukul 4:57 pm #

bayan – Hummmm, disablekan right klik mouse. Mungkin boleh…


abdfatah telah menulis pada tarikh 4 November 2007 dan waktunya pula pada pukul 7:14 pm #

menarik sungguh karya ini. sudahlah karya kena lantun. pelakonnya juga tidak terlepas dari dilantun dan diperkotak-katikkan. dapat bayarn sedikit dari yang dijanjikan.

kenapa tak buat kontrak untuk sebulan untuk iklan raya tersebut? nampak sangat syarikat iklan tersebut nak untung sendirian berhad.

diperkotak-katikkan dengan mudah.


iklan raya aidilfiri, burung apa, bayaran iklan, burung murai, sarang burung telah menulis pada tarikh 4 November 2007 dan waktunya pula pada pukul 8:26 pm #

[...] karya dilantun-lantun [...]


Hasbullah Pit telah menulis pada tarikh 4 November 2007 dan waktunya pula pada pukul 11:52 pm #

kalau ianya berasal dari cerita rakyat orang putih, kredit nak diberikan kepada siapa?


abdfatah telah menulis pada tarikh 5 November 2007 dan waktunya pula pada pukul 12:07 am #

pulak? bayarannya pulok nak bagi kat sapo? siapa yang nak terima? hantar ke pjbt kebajikan masyarakat? boleh?


adila telah menulis pada tarikh 6 November 2007 dan waktunya pula pada pukul 1:18 pm #

ooo.gitu ke alkisahnya…
anak saya minat sangat iklan burung murai nih


Hantar komentar
Nama: 
Emel: 
URL: 
Komentar: