|
6 January 2008 Masihi | 26 Zulhijjah 1428 Hijrah
Di bawah kategori (Kehidupan Saya, Taman Pulai Utama, Skudai, Johor) ditulis oleh
Mengamuk saya petang tadi. Manakan tidak, laman blog saya telah diblok dan diarahkan ke tempat lain. Sangkaan saya, Teratak Nurani bermasalah. Pusing-pusing, rupanya, kekalutan pada domain http://www.advertlets.com Marah sungguh saya, disebabkan kelemahan laman sawang orang lain, saya pula yang kena tempiasnya. Apa yang saya rasakan adalah
Dahulu, satu pengiklan menghadapi masalah, bilamana kawasan pentadbiran laman sawang berjaya diceroboh. Namun, kesannya hanya pada pengiklan tersebut sahaja. Namun kali ini, kesemua laman web yang melanggan iklan dari Advertlets bermasalah. Berapa ribu ya…. Hummmm, pembaharuan domain bukanlah mahal, dan terlupa untuk memperbaharuinya bukanlah juga alasan yang bijak, untuk syarikat Josh Lim and Associates. Jika, sebuah blog persendirian, terlupa memperbaharui domainnya, adalah logik, kerana hanya ada satu otak yang berfikir. Tetapi, jika lebih dari satu, apa silapnya… atau En Josh kita, hanya bekerja seorang diri? Tidak berhati hati, sambil lewa, atau ada penyebab lain… Mungkin konspirasi menaikkan sesutau laman web? Mungkin…. Apapun, saya berharap, semua pengiklan membaharui kod iklan mereka. Sediakan suatu mekanisme, untuk menyelamat jika sesuatu berlaku pada akaun laman sawang anda. Saya nak lihat, bagaimana Advertlets ingin menambat semula hati para pemblog yang marah. Sebenarnya, saya semakin tawar hati….
Tags: Bingung, Info, Kawan-kawan, Memblog, Panas Hati, Tensi, Tentang Saya Advertlets Di bawah ini disenaraikan, blog kawan-kawan yang membuat liputan mengenai keadaan Advertlets, mengikut yang terkini.
Komentar:
4 Komentar posted on "Advertlets, Berikan Saya Satu Alasan Paling Munasabah…"
Azrin telah menulis pada tarikh 6 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 6:32 am #
Dah bukan masalah depa dah ooo. http://blog.kedai.tv/dns-errors.html TM: Bukan salah kami.. Engineers semua cuti. Yang kerja kat Kedah dan Utara tuh..semua tak dibayar OT.. macam mana nak hidupkan DNS server Caching nih?? Engineers semua dah ambik cuti VSS lah..semua salah Samy. azrin @ http://www.azrin.net PS: I pon keja TM.Networks
Budiey telah menulis pada tarikh 6 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 8:10 am #
Aiya, advertlets hutang ngan lebih rm1,600… tak bayar lagi ni… aiya… apa barang!
CypherHackz telah menulis pada tarikh 6 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 11:42 am #
Apa lagi. Gaduh, gaduh. Lawan semua. Mak aih, sampai RM1600 eh budiey? Banyak tu…
shutterspeaks telah menulis pada tarikh 6 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 10:55 pm #
persoalannya skrg, orang2 yg dah buang kod advertlets di sbb kan oleh hal nih, adakah mereka2 ni akan letak blk kod tersebut. tb masanya utk josh lim amik pengurus teknikal…. Hantar komentar
|
|