19 January 2008 Masihi | 09 Muharram 1429 Hijrah
Di bawah kategori (Kehidupan Saya, Taman Pulai Utama, Skudai, Johor) ditulis oleh

Promo Youth 2008

Gadis di Kaunter Pendaftaran Youth 2008. Selamat Datang!!!

Saya amat letih sebenarnya, itulah sebabnya saya menghantar karya lewat. Apapun, jom tengok apa yang saya lakukan di Kuala Lumpur tempohari.

Penyertaan saya di dalam Youth 08, adalah di dalam tiga acara. Pertamanya, dalam YouthSearch. Keduanya, di dalam Photography Contest, dan ketiganya di dalam Traffic Jam. Malangnya, untuk Photography Contest, saya tidak menjumpai boothnya, dan Traffic Jam, saya tidak tahu maklumat lengkapnya. Jujur saya katakan, mereka (pihak Urusetia) hanya menghantar pertanyaan, hadir atau tidak, itu sahaja. Bayangkan sehingga kod etika berpakaianpun saya tidak tahu.

Saya tersenarai antara 100 blog terpilih untuk Traffic Jam. Malangnya, saya tidak tahu, apa yang perlu dibawa, dan persediaan yang sepatutnya. Bayangkan dalam masa 2 hari, saya perlu bersedia Aduh, mana sempat. Sehinggalah diberitahu Tyrexia bahawa, Teratak Nurani ada di pameran Traffic Jam. Aduhai…

Kita sambung cerita ya.

Seawal pukul 12.30, Gulan dan Ayares, telah menghantar saya ke Sri Putri untuk menaiki bas Transnasional ke Kuala Lumpur. Orang tidak ramai malam tersebut.

Tiba di Kuala Lumpur pada pukul 4.15 pagi. Di Puduraya, tiada apa yang boileh dilakukan, kecuali berehat di Kedai Mamak. Aduh, terasa bosan pula selepas hampir 3 jam di sana.

Pukul 5.30 pagi, saya bersiap-siap di sebuah tempat mandi awam. Hahahah, bukan mandi bogel, tetapi dalam bilik asing-asing.

Stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil, Sunyi dan Tidak Terjaga

Pukul 6.30 pagi, saya termanggu di Puduraya. Tak tahu ke mana harus dituju. Akhirnya, saya mengmbil keputusan untuk ke Kompleks Sukan Bukit Jalil. Kamu mungkin pelik, apakejadahnya saya ke sana.

Cadangnya, mahu membeli tiket ke Perlawanan Suku Akhir Badminton Terbuka Malaysia 2008, di Stadium Putra. Namun, kaunter tiket jualan dibuka pada pukul 10 pagi. Saya perlu ke PWTC sebelum 10 pagi. Pendaftaran perlu dibuat pada waktu itu. Terpaksalah saya ke sana dahulu. Petang nanti, mengharapkan nasib badan sahajalah. Moga-moga, masih ada tiket.

Chot

Bersama Chot…

Sampai di PWTC lebih kurang pukul 9.30 pagi. Chot dah sedia menunggu. Berbahasa basi sebentar, kami menuju ke Youth 08. Suasananya agak lengang. Bagi saya, sesebuah program sebesar sebegini, haruslah bersedia lebih awal. Malah bila saya tanyakan pada Urusetia, masih ada yang tidak tahu mengenai program. Hummm..

Ambil-ambil gambar sedikit di sekitar Kaunter Pendaftaran, saya dan Chot hanya boleh mendaftar selepas pukul 10 pagi. Isi borang. Ya, isi borang sekali lagi. Bukankah saya sudah mendaftar di Internet? Satu kesilapan sebenarnya. Saya merasakan mereka belum bersedia lagi…

Kaunter Pendaftaran

Kaunter Pendaftaran Yang Lengang

Setelah selesai isi borang, menuju ke kaunter pendaftaran. Dibuat pendaftaran Youth Malaysia, dan iTalk. Kami tidak diberi apa-apa. Apalagi, mulut saya yang banyak bercakap ni, terusan bertanya mengenai goodies. Mulalah mereka di kaunter terkocoh-kocoh mencarinya. Hummm, nak marah pun tak ada mood.

Saya terkejut banyak kali dah. Manakan tidak, pendaftaran saya (kebanyakan pertandingan) perlu didaftar semula. Kalau pertandingan fotografi di booth fotografi. Kalau Traffic Jam, kena cari di mana tempat dia (Urusetia sekali lagi ragu-ragi mengenai status saya). Apapun, goodies yang saya sangkakan eksklusif, hanyalah barangan dari penaja, TM. Hummmm….

Bila nak masuk ke kawasan pameran, ditegur oleh pengawal.

“Cik, sila turun bawah dan daftar sebagai media ya”

Pintu Masuk Pameran

Dua Pengawal Menjaga Pintu Masuk Pameran

Saya pandang Chot, dan Chot pandang saya. Owhhh, ini disebabkan kami membawa kamera besar bagak lah ni….

Turun, dan daftar sekali lagi. Untuk media. Dapat pula goodies dari Animax. Yang ini barulah dikatakan eksklusif. Ada barang-barang yang menarik di dalamnya….

Naik kembali, dengan tag Media. Bangga pula rasa, kerana pandangan orang sekeliling sudah berbeza. Mereka memandang tinggi orang yang ber-tag!!

Cuma, kenapa tag, menggunakan tali biasa sebagai penyangkutnya? Bukan lanyard seperti kebiasannya? Aduh.

Ok, saya sambung esok ya. Panjang sangat pula.

Sebenarnya, waktu ini, saya terasa seperti di tempat asing. Kenapa? Esoklah saya beritahu…

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,


Komentar:
20 Komentar posted on "Youth 08 Siri 1 – Kekalutan Pada Awal Pagi"
aman telah menulis pada tarikh 20 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 4:51 pm #

ada bape siri sumer..? huhu


Amanz Network » ShoutMix.com Menang RM20,000 telah menulis pada tarikh 20 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 5:13 pm #

[...] Anyway, masa Youth ‘08 aritue, aku nie lone ranger jer, nasib baik Jun, Chot ngan Azhar turun. Dah tue, kaler baju aku lak sama ngan krew kat sana. Asyik kena bahan jer ngan Azhar. Siot [...]


Tyrexia telah menulis pada tarikh 20 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 8:28 pm #

azhar… sy ade amik gambar booth kamu. nnt sy updatekan kt blog sy oke! tapi gmbr sy amik xde la lawa mane. maaflah kalau x memuaskan. :D

Tyrexia telah menulis pos terkininya dengan tajuk Aku dapat hadiah yang aku teka tepat!!


Fahmishah telah menulis pada tarikh 20 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 10:15 pm #

aku sempat baca entri kau ini di blogger traffic jam.

Fahmishah telah menulis pos terkininya dengan tajuk Youth 08 : The Malaysia Dotcom Youth Search


Qaiyum telah menulis pada tarikh 20 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 10:33 pm #

Macam Agak Lemah La Penyusunan Organisasi Youth ‘08 Ni Ek?

Qaiyum telah menulis pos terkininya dengan tajuk Kisah Misteri Dan Fakta Yang Disembunyikan..


amer telah menulis pada tarikh 20 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 10:37 pm #

fuh.. blog ko dpt anugerah sngi nlog terfames ke?.. gilew hebat.. aku mau menjadi seperti dirimu!..

amer telah menulis pos terkininya dengan tajuk Perkataan Bodoh!!..


Youth’08 : Laporan Terakhir | Fahmishah (dot) com telah menulis pada tarikh 20 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 10:43 pm #

[...] blog yang aku pernah lawat.Beberapa minit, aku terjumpa blog AzharAhmad dan sempat menghabiskan entri terbaru AzharAhmad cuma tidak berkesempatan untuk meninggalkan sebarang [...]


cikpayung telah menulis pada tarikh 20 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 10:48 pm #

ngee.. ngak ku sangka management agak kucar kacir.. nways, setiap majlis pun ada huru haranya yg tersendiri. antara pihak penganjur bijak nak atasi or tidak je =)

cikpayung telah menulis pos terkininya dengan tajuk Rumah & Hibernasi


chot telah menulis pada tarikh 20 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 11:25 pm #

aku xtahu nak tulis entry panjang sebegini…hehe

chot telah menulis pos terkininya dengan tajuk YouthSearch


Aizat telah menulis pada tarikh 21 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 12:09 am #

Wah! best best dapat pass media.. leh amek gamba sesuka hati.. goodies pon dapat lebih skit ek.. en azhar guna kamera ape ek?


deennasour telah menulis pada tarikh 21 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 1:22 am #

deen dgr mmg kalut program ni,,
deen masuk fotografi and dj tu,,
tapi dah bengong sgt diorang,,
deen tak dtg dan tdooo~
senang cerita..
tag media di biarkan dikatil,,
wakaka

deennasour telah menulis pos terkininya dengan tajuk sabtwoday~


masih lagi YouthSearch.. « Aku dan Sesuatu telah menulis pada tarikh 21 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 1:29 am #

[...] masih lagi YouthSearch.. 20 01 2008 banyak juga perkara yg menarik sepanjang aku berada di PWTC hari tu tapi aku memang tak reti nak karang cerita….so untuk cerita sebenar ikutilah siri perjalanan ke Youth Malaysia oleh Dr. Azhar kita.. [...]


ixora telah menulis pada tarikh 21 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 1:51 am #

kenapa en azhar rasa mcm di tmpt asing ye? hmm…


ahib0205 telah menulis pada tarikh 21 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 4:33 am #

hohoo.. daku meninggu post sambungan mu… eh bro, lain kali kalo nk turun kl kita p sama2 ek :P Mungkin tu pertama kali depa. bg can je lah. tp kan, bukan calang2 youth tu. apa2 je lah. apa2 pun tunggu post yg berikut lak

ahib0205 telah menulis pos terkininya dengan tajuk Anak Pontianak VS Superman Malaysia


  Youth 08 Siri 2 - Anak Beruang Mojikan by Teratak Nurani ?????? ?????? telah menulis pada tarikh 21 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 4:41 am #

[...] Terkini Youth 08 Siri 2 – Anak Beruang MojikanYouth 08 Siri 1 – Kekalutan Pada Awal PagiYouth 08 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, MalaysiaPancit – Pra Persediaan ke Youth [...]


en_me telah menulis pada tarikh 21 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 7:39 am #

alahai, chot dgn beg oren dan dslrnyer.. uhuhu

mencongkam beb!

en_me telah menulis pos terkininya dengan tajuk simpang ke renggam


syia telah menulis pada tarikh 21 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 10:40 am #

bestnye baca uwaa.. jeles2 nk gi la lain kali ;)

syia telah menulis pos terkininya dengan tajuk What Kind Of Sleeper are you?


???? ???? telah menulis pada tarikh 21 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 12:26 pm #

Aman – 3 siri.. Uhuhuhu

T-rex – Iyerrr? Wauuuuu

Fahmishah – Ye kerrr?

Qaiyum – Uhum, banyak benda yang derang buat on the dot

amer – Mana ada lahhh….

cik payung – Iya saya tahu, tapi ini the worst!!!

chot – Hahahhahah

Aizat – hahahahah, memang best dapat tag media. Nikon D40

deenasour – Ahahahahahahha

ixora – Dalam siri ketiga nanti saya cerita

ahib 2005 – Oh oh…. Hahahhah… ya ya InsyaAllah

en_me – Huhuhuhuhuhu

syia – Tahun depan ada lagik… Huhuhuhu


Yazid Husain telah menulis pada tarikh 21 January 2008 dan waktunya pula pada pukul 7:13 pm #

Menyamar sebagai media di majlis kucar-kacir unutk dapatkan goodies yang lagi best

Yazid Husain telah menulis pos terkininya dengan tajuk Saturday Project: New Saga


my network »  ShoutMix.com Menang RM20,000 telah menulis pada tarikh 21 February 2008 dan waktunya pula pada pukul 11:15 pm #

[...] dibagi..huhu. Anyway, masa Youth ‘08 aritue, aku nie lone ranger jer, nasib baik Jun, Chot ngan Azhar turun. Dah tue, kaler baju aku lak sama ngan krew kat sana. Asyik kena bahan jer ngan Azhar. Siot [...]


Hantar komentar
Nama: 
Emel: 
URL: 
Komentar: