Inilah Nasibku…

June 26th, 2008

Orang tanya.

Mana Azhar.

Kenapa dia lama tak kemaskini blog.

Apa cerita Teratak Nurani.

Di bawah ni jawapan dia

How to write resignation letter.

Short but not formal….

A bit formal…..

Formal One

Or this one ?

Hehheheh….

Tiada Pantai, Tiada Gadis Berbikini

June 9th, 2008

Tertekan!

Itu yang mampu dikata.

Mula-mula ingat di De’ Rhu.

Ada pantai, ada gadis-gadis berlari yang tak sesuai di buat bini.

Takpun, petang-petang boleh jalan di pantai sana sini.

Tapi.

Ini Residence Inn Cherating nan sunyi.

Burung-burung pun tak ada yang berkicau menyanyi.

Hanya yang ada, tiga kolam renang, biru tapi tak boleh mandi.

Alahai apalah nasibku ini.

Sebenarnya, Azhar dah lupa nak betul niat!

Blogged with the Flock Browser

Tags: , ,

Kursus Tak Kurus-Kurus

June 8th, 2008

Dua minggu lepas, saya berkursus di dalam Universitas Inderapura. Kursus bagaimana nak menulis. Ya lah, saya bukan pandai menulis pun. Itu yang saya kena belajar menulis.

Esok, saya akan bertolak ke Cherating. Tepatnya De’ Rhu Beach Resort. Pantai tuuuuu…. Resort tuuu… hahahah. Teruja! Bengkel penetapan beban pelajar. Pelajar punya beban, kita kena masuk bengkel. Mungkin yang pakai rim jejari tu, nak kena tukar pakai sport rim. Atau kereta lama, perlu diservis enjinnya, minyak hitamnya…

Minggu depan, saya berkursus lagi di dalam Universitas. Kursus pengurusan kuliah. Macammana nak buat kalau student bising. Macam mana nak buat kalau student berak dalam kelas. Macam mana nak denda kalau student buat onar. Macammana nak pikat student yang cun tapi bodoh-bodoh alang… Hehehhehe…. Mendalam maksud dia ni.

Minggu satu lagi, sepanjang minggu, akan berada di Bangi. Kursus di MPOB. Seminggu tuh. Kursus berkaitan teknologi. Actually (hahahah, ter mat salleh jap), saya perlu menyerap semua teknologi tersebut. Isih-isih. Bahagi-bahagi. Bila balik semula ke universitas, boleh bagi kat RMC. Teknologi yang ini, sesuai untuk fakulti ini. Teknologi ini, ada masa depan. Perlu grab that opportunities. Grab that opportunities tuhhhhhh….

Apapun, banyak kursus. Bertimpa-timpa. Kerja tak payah ceritalah. Tapi tak kurus juga. 7 kilo yang hari tu jer lah.

Mak saya kata

Hang seronok kerja kat situ, mana nak kurus. Happy ja!”

Ya ka?

Sebenarnya, saya seronok lagi setakat ini…

Blogged with the Flock Browser

Tags: , , ,

Kadang-kadang

June 6th, 2008

Kadang-kadang saya terfikir, tatkala saya melayangkan kad sentuh pada pukul 7.10 pagi, kawasan persekitaran masih lengang. Tiada manusia lain selain pakcik-pakcik dan makcik-makcik pengawal. Salahkah datang awal, atau betulkah datang lewat? Betul, waktu pejabat bemula pukul delapan pagi. Tapi suka sangatkah, berebut-rebut di pintu masuk.

Kadang-kadang, apabila saya bersarapan di Kafe Eksekutif, masih lagi tiada orang. Mungkin masih awal benar. 7.30 pagi kan… Tapi masa saya selalu beli kopi ‘o’ ais, pukul 10 pagi, ramai pula orang, siap berbual-bual panjang lagi. Hummmm…..

Kadang-kadang, bila saya makan bekal saya yang bawa dari rumah, orang tegur saya. Jimatnya… Tapi, salahkah kita jimat, walaupun orang yang berkata tu, mulai bawa bekal sedari semalam.

Kadang-kadang, saya ditegur. Mana kelasss bawa motosikal. Tapi itu sahaja kenderaan yang ada. Tapi dengar ura-ura, ramai yang nak bawa motosikal minggu depan.

Kadang-kadang, orang tegur saya. Bilalah kau nak kahwin. Kalau perempuan bolehlah kata tak laku. Kalau lelaki? Entahlah. Kan ke bagus, kita kahwin, bila kita benar-benar bersedia untuka hidup berdua…

Kadang-kadang, orang fikir saya salah.

Kadang-kadang tu pula, kita fikir orang salah.

Serba salah dibuatnya…

Sebenarnya, kadang-kadang saya terpikir kadang-kadang mengenai kadang-kadang…

Blogged with the Flock Browser

Tags: , , ,

Bila Jadi Gila

June 5th, 2008

Semalam, selepas solat dan berehat di Masjid Kampung Fajar (tak tahulah kenapa, saya suka Zuhur di masjid ni berbanding di Universitas Inderapura) saya bergerak pulang ke pejabat.

Tiba-tiba, teringin pula saya nak lihat Plaza Tol Gambang.

Gigih ni. Tengah panas lip lap, saya naik motosikal.

Sampai di sana. Cari U-Turn, tak jumpa.

Dasar orang berlagak pandai, terusan sahaja masuk ke lebuhraya.

Motosikal tak perlu bayar tol ya.

Beranggapan, akan ada jalan untuk pusing semula ke Gambang.

Cis, sudah 3 minit berjalan. Tiada jalan untuk pusing semula.

Mak cuak nok!

Perjalanan dengan penuh rasa sangsi menghala ke Plaza Tol Kuantan.

Panas. Letih. Bosan. Tertekan.

27 kilometer dari Gambang ke Kuantan taw!

Pergi balik dah 54 kilometer!

Tangan dah kebas-kebas masa sampai di Universitas.

Hishhh…

Cerita kat Abah, abah respon

Takpa, jauh perjalanan luas pemandangan”

Cerita kat Mak, mak respon

“Hahahah, hang buang tebiat ka? Hahahha”

Cerita kat seorang makcik tu

“Sejak bila ouk dok reja ukur jalan ni?

Cis…

Sebenarnya, saya serik dah. Kalau nak hala ke Maran (kampung saya lah tu), 42 kilometer. Mahu pengsan dibuatnya. Tak apalah labu, lupakan hasrat nak balik ke Jengka dengan JiHaD!

Blogged with the Flock Browser

Tags: , , ,

Ketot-Ketot Cerita Saya

June 4th, 2008

Lama sungguh saya tak melawat kamu. Entah sudah dilupakan mungkin? Tak apalah… Siapalah saya kan… Uhuk… Uhuk…

Apapun, ramai yang tanya macam-macam. Blog ni pun tak berseri lagi. Sedih betul.

Tak apa, kita tunggu dan lihat.

Saya akan displinkan diri saya semula.

Minta Tolong

Ahha, saya nak minta tolong ni. Kalau ada sesiapa pandai ekstrak data dari MySQL ke Wordpress, beritahu saya ya. Saya dah pening amat-amat.

Lawatan Muhibbah

Chewaahhhh, muhibbah tuuu… Ya, saya tahu, saya bersalah. Dah lama saya tak lawat kamu. Saya sedang menunggu renjatan kerja baru ini berakhir. Mungkin seminggu lagi.

Lepas tu, saya akan sambung balik cerita saya.

Sedih. Sudah rongak jadinya di sini.

Saya Semakin Kacak

Berat badan saya menurun. Semalam periksa. 7 kg dalam masa 3 minggu. Hohoho…

Muka saya semakin putih. Liang roma kesan letusan gunung berapi di muka, semakin hilang. Kacak la tu kannn… Hahahhaha…

Saya berada di Switzerland. Bertolak dari rumah pukul 6.50 pagi. Kabus memutih. Sampai tahap kena bawa motosikal perlahan-lahan. Balik semula kerumah 6.30 petang. Berangin. Matahari dah mula nak beradu. Nak kena makan Vitamin E ni.

Hidup Makin Teratur

Tak ada dah tidur siang.

Tak ada dah berbual-bual riang ria.

Tak ada dah lepak kedai makan.

Tak ada dah bau colok menusuk hidung pagi-pagi.

Tak ada dah neslo ais empat gelas sehari.

Kini, tidur enam ke tujuh jam sehari. 10.30 malam sampai 5.00 pagi.

Kini, di pejabat berbual perkara serius. Di kawasan kejiranan, saya senyap.

Kini, masak sendiri.

Kini, berada di kejiranan berbangsa Melayu 100%.

Kini, minum air masak banyak. Awet muda, dan kesihatan. Chewahh…

Yang pasti, betul kata emak saya.

“Mak yakin, hang jadi orang yang lain bila masuk sini…”


Sebenarnya, tertekan juga…

Blogged with the Flock Browser

Tags: , ,

Iblis Di Mata

May 30th, 2008

Saya punyalah mengantuk antara pukul 9.30 pagi ke 10.30 pagi. Waktu lain tak pula. Acapkali, waktu ini saya akan lelap sebentar lebih kurang 10 minit.

Tadi, saya nak lelap, tapi tak menjadi.

Jadi, pergilah ke bawah, beli kopi ‘o’ ais kaw.

Naik sahaja, Mak Ngah dan Mak Su ada tengah menyapu depan bilik.

“Ngantuk ler tu…”

Saya angguk-angguk.

“Huhuhu, Mak Ngah tengok pun dah tahu. Memang mengantuk sangat. Mata pun dah kecik sangat. Sepet!”

Saya senyum.

Mak Su sedang menyapu bilik saya.

“Biasalah, matahari tengah naik. Hummm… Mak Ngah ni ha, lagi lah, masa orang dok baca Yasin pun boleh terlelap”

Sambil Mak Ngah dan saya ketawa.

“Mak Su lagilah, kalau kenduri tu. Letih kan buat kerja. Duduk kejap, tak sampai 3 minit dah terlelap. Iblis ni ha menempel je kat mata, suruh tidur”

Kami ketawa.

Sesekali saya rasa bahagia…

Sebenarnya, masih ramai yang saya tak kenal disini. Tapi, dengan makcik-makcik ni, sekejap sahaja dah mesra. Sekejap sahaja, dah jadi kawan makan tengahari!

Blogged with the Flock Browser

Tags: , , , , ,

Makcik-makcik Hebat 6

May 19th, 2008

Saya, selepas sahaja susun barang-barang tersebut, terusan sahaja tidur (cerita semalam).

Pagi esoknya.

Pukul 5 pagi, mata saya dah terang benderang.

Jadi, apalagi, mengemaslah apa yang patut.

Pukul 6.30 pagi, pergi cari roti canai.

Pukul 7.30 pagi, dah sampai rumah kembali.

Jiran-jiran? Nan ado yang bangun. Mungkin ambil berkat hari Ahad.

Tak macam untie-untie di Jaya Gading, pukul 6.30 pagi tadi, dah berpeluh bertaichi.

Bukan skeptik ya.

Pukul 10 pagi, saya sedang mengemop lantai rumah.

Pukul 10 pagi juga, lori anney jual ikan, berhenti depan rumah.

Pukul 10 pagi ini, makcik-makcik akan mula bersidang sehingga pukul 11 pagi.

Itu yang saya lihat dan tahu.

“Semalam, budak bujang tu ha, beli tv segala”

Terhenti saya sedang mengemop.

“Itulah, aku ngintai semalam. Nengok, banyak juga barang dia”

Saya, memasang telinga.

“Barang, barang dari Johor kot. Kaya juga budak tu ya”

Saya dah ketawa. Kaya kebendenye kalau pakai kap chai.

“Eh, budak tu dah kahwin kot!”

Ada pula yang menjawabnya.

“Suami aku tanya, dia kata belum kahwin. Mula-mula dia kata nak offer lah anak sedara dia. Tapi last-last tak nak pula”

Saya kerut dahi.

“Katanya dia tu, pencuci tandas”

Saya dah meleleh-leleh air mata ketawa.

Sebenarnya, hari tu. Suami akak yang sorang tu tanya, saya kerja apa. Saya jawab, tinggilah sikit dari pencuci tandas. hahah, dia dengan pencuci tandas….

Blogged with the Flock Browser

Tags: , , , ,

Makcik- Makcik Hebat 5

May 18th, 2008

Barang elektrik saya sampai pada waktu malam.

Di bawa pula oleh lori.

Kepala merah, badannya hitam.

Saat angkat barang.

Dengar ada tingkap-tingkap dibuka.

Tingkap bilik barang kali.

Sanggup tu bangun tidur untuk lhat apa yang orang beli.

Hish, kesian suami / isteri tengah tidur. Terbejat sebentar ‘keindahan’ alam perkahwinan.

Tak apa!

Nanti saya mengintai pula, apa yang mereka buat didalam bilik, malam-malam, tengah gelap.

Ehhh, mereka intai saya ramai-ramai boleh, saya intai sorang-sorang je.

Sebenarnya, saya dah terasa bahang, di kejiranan ini….

Blogged with the Flock Browser

Tags: , , ,

Kita Rindu Yayang Taw!

May 17th, 2008

Petang semalam.

Dah ada Jihad yang dihantar Yayang.

Apa lagi, berpasanganlah dengan Jihad.

Pergi beli goreng pisang, dengan keropok.

Yayang jangan dengki tau. Keropok, pisang goreng di sini harganya seposen satu.

Sedap lagi.

Jaraknya hanya 1 minit jalan kaki dari rumah.

Yayang jangan dengki tauuu…

Masa beli tu.

Nampak cekodok pisang.

Yayang suka makan.

Yayang suka kalau cekodok pisang tu panas lagi.

Kita beli seringgit. Dapat sepuluh.

Kalau kat Johor.

Seringgit dapat lima.

Kalau Yayang ada, mesti Yayang beli banyak-banyak.

Eisshhh… kita teringat betul masa dulu.

Petang-petang, makan cekodok dengan Yayang.

Yayang makan apa hari ni ye?

Sebenarnya, saya rindu….

Blogged with the Flock Browser

Tags: , ,